The Followers (TQ)

Monday, April 9, 2012

Selamat Datang April...

April datang lagi.
Mengambil tempatnya di tahun 2012.
March telah berlalu.
Berlalu pergi membawa 1001 kisah di dalamnya
yang akan ku ingat sampai bila-bila.

Ingin aku lupakan apa yang terjadi di bulan itu.
Tapi itu terlalu sukar buat ku.
Aku bukan gadis yang kuat untuk hadapi semua ini.
Aku bukan gadis yang kuat untuk bangun dari kejatuhan.
Aku bukan gadis yang berjiwa kental.
 Aku bukan gadis yang sempurna.

Aku hanya seorang gadis yang tiada rupa paras yang menarik.
Aku hanya seorang gadis kerdil yang tiada apa-apanya berbanding orang lain.
Aku hanya seorang gadis yang pasti melakukan kesilapan.
Aku hanya seorang gadis dan manusia biasa.

Ya, aku masih belum boleh menerima kenyataan ini.
Ya, aku masih lagi bersedih.
Ya, aku masih lagi kecewa dengan silapku.
Ya, aku masih lagi mengharapkan semua ini akan berubah.

Berjuta kemaafan ku mohon darimu.
Ku berharap ada kemaafan untukku di hatimu.
Ku berharap ada ruang di hatimu untuk menerima kekurangan ku.
Ku berharap ada ruang di hatimu untuk menerima ku seperti dulu.
Sukar untuk ku lalui semua ini.
SUKAR !

Aku hanya manusia biasa......... =(