The Followers (TQ)

Friday, December 9, 2011

Day 9

Hari ini hari last praktikal kat Darul Hanan ( Rumah Warga Emas ).
Suasana pagi terasa sikit berbeza daripada biasa.
Mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir kami (intake oktober 10) berpraktikal.

Aktiviti pagi masih seperti selalu.
Cuma ada sedikit rancak berbanding beberapa hari yg lalu.
Kerana kami memberikan warga emas itu senaman yg 
berbeza dari yg sebelumnya.

Seperti biasa senaman pagi berakhir pada pukul 9.
dan tugas kami menghantar mereka yg tidak boleh
melakukan pergerakan sendiri seperti warga emas yg 
menggunakan kerusi roda.

Aku pula seperti selalu,
menghantar tok Zaharah pulang ke biliknya.
Sesampainya aku di bilik tok Zaharah, aku pun mengunci roda 
kerusi roda itu. (Maaf skema nya ayat! =.=)

Aku sudah mamasang niat beberapa hari lepas utk
membeli tudung sebagai hadiah utk tok Zaharah.
Akhirnya hajatku tercapai.
Aku telah membeli tudung "instant" warna pink almost purple.

Walaupun harganya tidak seberapa, tetapi aku harap tok Zaharah 
dapat menerima dgn senang hati.
Aku membeli tudung itu kemarin ditemani kesayangan hatiku.
=)

Apabila aku menyerahkan hadiah tersebut kepada tok Zaharah,
entah kenapa aku dapat melihat "sinar kegembiraan"
dati mata tua nya itu. 
Sangat damai dan redup saja pandangannya.
 
Ada titisan air mata dapat ku lihat dari mata tua itu.
Tok Zaharah memelukku dan mengucup ku.
Runtun jiwaku dgn pelukan dan ciuman itu.

Aku menyedari yg aku menyayangi wanita tua 
yg baru aku kenali selama 2 minggu aku berpraktikal di sini.
Berat sangat hati ini bila harus meninggalkan tempat yg damai ini.
Suasana yg sunyi dan melihat muka2 tua yg kadang kala membuatku
teringat kepada ibuku dan membayangkan masa tua nya pula.

Aku meninggalkan bilik tok Zaharah dgn hati yg berat.
Aku mengharap tok Zaharah menyukai tudung itu. =)
Aku mengharap aku akn dapat berjumpa dgn nya lagi nanti.

Salam mu akan ku sampaikan kepada ibu ku =)

*luaran saya kasar. tapi hati saya sgt mudah terusik 


Tok Zaharah yg bertudung hitam =)